Perlawanan persahabatan terakhir dengan Maldives Sabtu ini akan menjadi ujian terakhir untuk menentukan barisan 23 pemain skuad Harimau Malaya menggalas cabaran negara pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 bermula 8 Nov ini.
Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, bagaimanapun, berharap tiada pemain mendapat kecederaan pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjelang aksi pertama Piala AFF Suzuki menentang Kemboja, Rabu depan.
"Saya tak mahu pemain berasa tertekan untuk mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan dengan Maldives tetapi sebagai motivasi, mereka perlu bermain dengan keyakinan yang tinggi," katanya kepada Bernama pada sesi latihan skuad negara di Padang A, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, pada Khamis.
Beliau berkata persiapan skuad negara berjalan lancar kecuali penyerang muda sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang masih belum pulih dari kecederaan.
Cheng Hoe berkata kesemua 26 pemain yang diminta menyertai skuad kebangsaan telah melaporkan diri termasuk lima pemain Perak yang sebelum ini terlibat dengan aksi final Piala Malaysia Sabtu lepas dan Muhammad Akhyar yang menyertai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.
Mengulas mengenai pertemuan persabahatan dengan Maldives, katanya, dalam setiap perlawanan, beliau mahu kemenangan dan keputusan yang positif.
"Dan yang penting, kita nak tengok pemain tunjuk prestasi yang terbaik dari segi keserasian pemain," katanya.
Dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini, Malaysia menang 4-1 ke atas Sri Lanka dan kalah 1-0 kepada Kyrgyzstan.
Bagi saingan Piala AFF Suzuki, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar. Thailand, selaku juara edisi 2016, ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018
TAN: Saya tak mahu pemain berasa tertekan untuk mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan dengan Maldives tetapi sebagai motivasi, mereka perlu bermain dengan keyakinan yang tinggi. - Gambar fail
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia hidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2023
Kejayaan di Stadium Persekutuan Bolasepak Mongolia (MFF) itu merupakan kemenangan sulung skuad muda negara.
AFF 2022: Kerjasama, disiplin faktor kejayaan skuad B-19 kebangsaan
Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda jumpa Vietnam di separuh akhir
Rekod tanpa kalah pasukan bawah 19 Tahun (B-19) negara dalam kempen Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) lebur selepas tewas 0-1 kepada Laos.
Dua perlawanan persahabatan uji kombinasi, keserasian pemain B-19
Perlawanan menentang pasukan Liger Super, Petaling Jaya FC dan pasukan Liga Premier, Selangor II akan menjadi platform tepat untuk menilai kombinasi dan keserasian pemain.
AFC B-19: KBS pantau situasi COVID-19 di Uzbekistan
KBS sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan atlet negara yang bertanding di luar negara.
Cheng Hoe tidak mahu pemain cedera pada pertemuan dengan Maldives
Beliau berkata persiapan skuad negara berjalan lancar kecuali penyerang muda sensasi Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang masih belum pulih dari kecederaan.
Mahathir ucap tahniah Malaysia juara AFF B-19
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia yang muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun (B-19).
Mujur pemain B-19 negara selamat - Hamidin
Terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah pemain B-19 negara selepas tamat perlawanan.