awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chew Mei Fun angkat sumpah jawatan senator untuk penggal kedua

Bernama
Bernama
26/06/2014
05:08 MYT
Chew Mei Fun angkat sumpah jawatan senator untuk penggal kedua
Ini merupakan pelantikan semula Chew sebagai Senator untuk penggal kedua - Foto Bernama
Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet.
Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan.
"Dengan pelantikan saya sebagai Senator hari ini, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri semalam, saya percaya ini merupakan platform bagi saya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan," katanya.
Topic Berkaitan
#Chew Mei Fun
#Dewan Negara
#Najib Razak
#senator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan