awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China beri komitmen bantu keluarkan mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar - Fadillah

Bernama
Bernama
16/11/2023
21:45 MYT
China beri komitmen bantu keluarkan mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar - Fadillah
Fadillah dan Yu Jianhua ketika mengadakan pertemuan dua hala di Beijing, China, 16 Nov 2023. -- fotoBERNAMA
BEIJING: China memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata pihak China dan Malaysia akan memperincikan bagaimana proses bagi membawa mereka keluar dari Myanmar melalui negara Negara Tembok Besar itu dapat dilaksanakan.
"Pihak Malawakil kita akan buat follow up bagaimana kita akan mempermudahkan kaedahnya," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, Fadillah yang dalam lawatan rasmi sulung ke China dari 12 hingga 19 Nov, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China Yu Jianhua dan Naib Premier China Liu Guozhong di sini semalam.
Fadillah ketika mengunjungi Liu Guozhong di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing, 16 Nov 2023. -- fotoBERNAMA
Fadillah ketika mengunjungi Liu Guozhong di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing, 16 Nov 2023. -- fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri berkata difahamkan terdapat puluhan atau mungkin ratusan kes penipuan pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia di Myanmar.
"Apabila terlibat dengan jenayah scam ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan, maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Fadillah Yusof
#China
#kes penipuan pekerjaan di Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan