awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China gesa agihan vaksin secara adil

Bernama
Bernama
22/06/2021
08:59 MYT
China gesa agihan vaksin secara adil
Chen berkata, vaksin merupakan kaedah paling berkesan untuk melawan wabak, dan ia sepatutnya menjadi produk kesihatan awam global. - Gambar fail/Bernama
BEIJING: Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain di Geneva, Chen Xu mewakili lebih 60 buah negara membangun, menggesa vaksin diagih secara adil di seluruh dunia.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) ketika dialog dengan Pejabat Pesuruhanjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR), pada Isnin.
Chen berkata, penularan wabak COVID-19 masih berlaku di seluruh dunia dan turut memberi tempias kepada pembangunan sosiekonomi di negara membangun.
Menurutnya, vaksin merupakan kaedah paling berkesan untuk melawan wabak, dan ia sepatutnya menjadi produk kesihatan awam global.
"Bagaimanapun, sekarang kita hadapi halangan besar iaitu masalah kebolehcapaian, ketersediaan vaksin dan kemampuan membayarnya.
"Sifat 'nasionalisme vaksin' oleh sesetengah negara dan tindakan memborong vaksin dengan jumlah yang jauh melebihi keperluan juga semakin membimbangkan," ujar Chen lagi.
China menggesa negara terlibat supaya berpegang pada janji selain membantu negara membangun atas dasar semangat kerjasama antarabangsa.
Ia termasuk sokongan kepada negara-negara itu dalam mendapatkan vaksin, meningkatkan kebolehcapaian dan pengeluaran vaksin tempatan bagi menyelamatkan nyawa dan melawan wabak dengan secepat mungkin.
Selain itu, negara yang berkemampuan diharap agar dapat mengambil bahagian dalam kerjasama antarabangsa secara aktif dan menghulurkan bantuan kepada negara membangun untuk mewujudkan pembangunan mampan serta menangani tempias wabak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#wakil china
#China
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#PBB
#chen xu
#hak asasi manusia
#vaksinasi
#UNHRC
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan