awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China lengkapkan pusat data dasar laut mesra alam di Shanghai

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2025
10:00 MYT
China lengkapkan pusat data dasar laut mesra alam di Shanghai
China melengkapkan fasa pertama pusat data dasar laut (UDC) di Lin-gang, Shanghai dengan kapasiti 2.3MW, menggunakan tenaga angin luar pesisir dan penyejukan air laut untuk operasi lebih lestari. -Foto Amanz
China telah melengkapkan fasa pertama pembinaan pusat data dasar laut (UDC) yang dibangunkan oleh Shanghai Hailanyun Technology, sebagai langkah ke arah infrastruktur digital lebih lestari dan cekap tenaga.

Ringkasan AI
  • China melengkapkan fasa pertama pusat data dasar laut (UDC) di Lin-gang, Shanghai dengan kapasiti 2.3MW, menggunakan tenaga angin luar pesisir dan penyejukan air laut untuk operasi lebih lestari.
  • UDC ini dijangka kurangkan kos penyejukan kepada sekitar 10% berbanding 50% dalam pusat data konvensional, menyokong sasaran pemprosesan 200 exaFLOPS menjelang 2027.
  • Projek ini selaras dengan usaha menjadikan Shanghai sebagai bandar pintar dan menyokong inisiatif kerajaan China untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan air dalam operasi digital.

Projek yang terletak di kawasan Lin-gang, Shanghai itu menelan belanja RMB 1.6 bilion (~RM945 juta) dan menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh kincir angin luar pesisir berkapasiti 24MW.
Sistem penyejukan pula hanya menggunakan air laut, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada air tawar, lapor Amanz.
Berbanding pusat data konvensional yang menyaksikan sistem penyejukan menyumbang sehingga 50% kos operasi, UDC ini dijangka mengurangkan kos tersebut kepada sekitar 10% sahaja.
Pembinaan UDC ini merupakan sebahagian daripada usaha menjadikan Shanghai sebagai bandar pintar dengan sokongan sistem kecerdasan buatan dan pemprosesan data berskala besar.
Fasa pertama ini berfungsi sebagai demonstrasi dengan kapasiti 2.3MW, dan akan ditingkatkan kepada 24MW dalam fasa seterusnya.
Projek ini juga menyokong seruan kerajaan China untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan air dalam operasi pusat data, dengan sasaran kuasa pemprosesan mencecah 200 exaFLOPS menjelang 2027. -Amanz
Topic Berkaitan
#pusat data dasar laut UDC
#Lin-gang Shanghai
#tenaga angin luar pesisir
#Shanghai Hailanyun Technology
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan