KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei mencadangkan supaya sebarang kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada masa depan memberi fokus kepada kualiti dengan tawaran hadiah lebih lumayan berbanding kuantiti.
Chong Wei yang disenarai dalam Badminton Hall of Fame BWF berpandangan jadual kejohanan anjuran badan badminton dunia itu begitu padat ketika ini, sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia.
Beliau berkata cadangannya itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh BWF jika badan itu mahu melahirkan pemain berkualiti dan berprestasi tinggi, contohnya sukan tenis.
"..mungkin mereka (BWF) perlu menukar format mata perlawanan, sistem atau menaikkan jumlah wang kemenangan. Mungkin juga mengurangkan beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dengan memberikan tumpuan kepada kejohanan lebih berkualiti, seperti tenis misalnya yang ada enam kejohanan utama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai perkara yang perlu dilakukan BWF sekiranya ingin melahirkan pemain berkualiti seperti beliau dan Lin Dan.
Chong Wei berkata penarikan diri pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen daripada kejohanan Masters Malaysia kerana belum sempat sembuh daripada kecederaan hamstring di Piala Sudirman baru-baru ini serta pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia yang tewas pusingan kedua Masters Malaysia kerana kurang sihat, sepatutnya dijadikan ikhtibar oleh BWF.
Semalam, Chong Wei dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap dunia sukan badminton dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Chong Wei berpandangan jadual kejohanan anjuran BWF begitu padat sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia. - Gambar fail/Astro AWANI
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
"Bukan sekadar kawan, tetapi keluarga" - Chong Wei sebak pemergian Ah Gan
Berita itu dikongsikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya.