awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chua Jui Meng banyak tabur bakti kepada negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
03/12/2023
16:36 MYT
Chua Jui Meng banyak tabur bakti kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi.
Anwar berkata mendiang merupakan figura yang telah banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku menteri kesihatan paling lama, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.
Selain itu beliau berkata Chua turut memainkan peranan penting sepanjang bersama KEADILAN, tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.
"Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.
Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chua Jui Meng
#tabur bakti
#takziah
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan