awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chua: Menteri Kesihatan yang berkesan, pejuang reformis kental - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/12/2023
12:49 MYT
Chua:  Menteri Kesihatan yang berkesan, pejuang reformis kental - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Gereja Full Gospel Assembly Kuala Lumpur Kuchai Lama hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Chua Jui Meng. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mendiang Datuk Chua Jui Meng akan dikenang bukan sahaja sebagai antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan tetapi juga seorang pejuang reformis kental yang sentiasa bersama PKR ketika zaman sukar parti itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah mengenali mendiang hampir 40 tahun, selepas Chua menjadi Ahli Parlimen dan semasa mendiang menjadi pemimpin MCA.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata Chua merupakan antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan kerana menyumbang jasa besar kepada negara terutama dalam bidang itu.
"Kemudian dalam zaman liku-liku perjuangan yang sangat sukar bagi kami (PKR), hubungan kami menjadi lebih akrab kerana beliau (Chua) sentiasa bersama, memberikan kerjasama dan bantuan sebagai pemimpin Keadilan dan juga tenaga reformis yang penting.
Beliau telah menunjukkan kekentalan, semangat dan dedikasinya kepada parti dan sebab itu, kita merasakan kehilangan seorang sahabat dan pejuang reformis di negara kita," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Gereja Full Gospel Assembly Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba di gereja itu pada pukul 4.28 petang dan menandatangani buku takziah sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama keluarga mendiang.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada petang Ahad.
Hasil perkahwinan Chua dengan Datin Honey Wong Nyet Lan, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata.
Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chua Jui Meng
#Menteri Kesihatan
#reformis
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan