PUTRAJAYA: Usaha murni guru, Intan Zulaikha Jusoh, memotivasikan anak muridnya menamatkan larian 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat disanjung apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Inspirasi pada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) hari ini.
Tindakan menyentuh hati guru Sekolah Kebangsaan Felda Lepar Utara 1, Jerantut, Pahang itu berlari bersama muridnya Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang kudung sebelah kaki hingga ke garisan penamat tular menerusi laman sosial baru-baru ini.
Intan Zulaikha, 35, yang ditemani Muhammad Aqil hari ini menerima Anugerah Khas Inspirasi yang pertama kali diperkenalkan dalam APBN 2023 daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada majlis penganugerahan berkenaan di sini.
Ditemui pemberita selepas APBN itu, Intan Zulaikha berkata beliau membantu Muhammad Aqil kerana muridnya itu meminati bidang sukan dan berhasrat menjadi atlet.
"Kalau ikutkan dahulu dia (Muhammad Aqil) banyak tidak ikuti sukan kerana ketidakupayaan fizikal, tetapi apabila saya tanya dia nak bersukan atau tidak, dia jawab nak.
"Sebagai guru dan anak murid berminat (untuk bersukan), saya akan cuba cungkil bakat murid supaya lebih menonjol," katanya.
Beliau berkata Muhammad Aqil kini menjalani latihan sukan selain menyertai Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) atas dorongan pihak sekolah dan keluarganya.
"Saya berterima kasih atas anugerah ini, sememangnya sebelum ini saya tidak tahu tindakan saya berlari dirakam... lepas dua hari baharu tahu ditularkan, ini semua spontan," katanya.
Sementara itu, Muhammad Aqil berkata dia berhasrat menjadi atlet kebangsaan dalam sukan bola sepak pada masa akan datang.
"Saya ingin wakili negara nanti," katanya yang bangga gurunya menerima anugerah khas inspirasi berkenaan.
Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh di sebuah sekolah rendah di Pahang kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.
APBN merupakan sebuah platform pengiktirafan tertinggi kepada sumbangan dan pencapaian belia yang dimulakan sejak 1988. APBN tahun ini mempertandingkan empat kategori anugerah utama, dua kategori anugerah khas dan lima kategori ikon belia.
Antara penerima APBN tahun ini ialah Persatuan Belia Felda Kerteh 03 yang dinobatkan johan bagi kategori utama pertubuhan belia manakala Pengasas dan Presiden Majlis Belia Orang Kurang Upaya Mohd Faiz Shuhaimi dinobatkan ikon belia OKU.
Pemain skuasy negara S. Sivasangari yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 turut dinobatkan sebagai penerima anugerah khas APBN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Intan Zulaikha berkata beliau membantu Muhammad Aqil kerana muridnya itu meminati bidang sukan dan berhasrat menjadi atlet. - Gambar/ Bernama
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Cikgu Intan Zulaikha dinobat penerima Anugerah Khas Inspirasi APBN
Usaha murni guru, Intan Zulaikha Jusoh, memotivasikan anak muridnya menamatkan larian 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat disanjung.
Cikgu Komathy menang 'The Global Teacher Award'
Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.
'Keputusan drastik' Cikgu Yasmin
Bagaimana Cikgu Yasmin berjaya mendapatkan 90 peratus muridnya untuk mencapai skor 'A' dalam mata pelajaran Kimia.