awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cip Qualcomm Snapdragon 4s Gen 2 tertiris

Amanz
Amanz
30/07/2024
04:20 MYT
Cip Qualcomm Snapdragon 4s Gen 2 tertiris
Pendedahan terkini menunjukkan terdapatnya cip baharu Snapdragon 4s Gen 2 tertiris lengkap dengan butiran penuh. -Amanz
PADA kebiasaannya cip pemprosesan di bawah siri Snapdragon 4 dikhususkan untuk telefon pintar bajet.
Pendedahan terkini menunjukkan terdapatnya cip baharu Snapdragon 4s Gen 2 tertiris lengkap dengan butiran penuh.
Ia dilihat menjadi versi lebih rendah untuk Snapdragon 4 Gen 2 sebelum ini.
Ia menggunakan binaan 4nm yang dilengkapi lapan teras CPU. Butiran GPU tidak pula didedahkan namun prestasinya dijangka lebih rendah berbanding versi sebelum.
Cip ini juga hanya menyokong memori LPDDR4X RAM bersama storan UFS 3.1. Di samping menawarkan skrin 90Hz FHD+ dan sistem kamera sehingga 84MP dengan rakaman video 1080P/60FPS.
Turut disertakan keupayaan 5G terbina dengan dengan kelajuan yang dikurangkan kepada 1Gbps berbanding 2.5Gbps pada Snapdragon 4 Gen 2.
Sambungan juga dilihat agak terhad melalui Wi-Fi 5 dan bluetooth 5.1.
Cip pemprosesan ini bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm. -Amanz
Topic Berkaitan
#qualcomm
#telefon pintar bajet
#Snapdragon 4s Gen 2
#4nm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan