KUCHING: Langkah tambahan dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat diadakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti sepanjang acara Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, SOP bagi karnival empat hari itu yang bermula esok di Tebingan Kuching di sini, telah disusun rapi supaya pengunjung dapat bersiar-siar dengan tenang.
Beliau berkata untuk mengadakan acara besar pada masa ini, keutamaan pertama adalah keselamatan orang ramai.
"Kita tidak akan membahayakan keselamatan kesihatan awam, seperti ketika kita membuka sempadan untuk ketibaan antarabangsa atau pelancongan domestik atau acara yang menarik orang ramai. SOP perlu dibuat dahulu.
"Orang ramai perlu faham, kita berada dalam persekitaran virus COVID-19, masih ada selepas dua tahun dan mungkin menjejaskan kita untuk beberapa lama lagi. Kita juga perlu menyesuaikan minda kita kerana ia masih ada, kita perlu hidup dalam norma baharu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Karnival kali ini yang bertemakan 'Temasya Kepelbagaian Budaya' itu, diadakan kembali dan Kuching menjadi lokasi pertama dipilih selepas hampir empat tahun tidak diadakan.
Acara itu akan menyediakan pesta yang penuh warna-warni dengan pelbagai program dan aktiviti pelancongan, selain persembahan seni dan budaya Malaysia.
Nancy berkata, antara SOP yang telah dirangka termasuk menambah bilangan kanopi daripada satu kepada tujuh dengan setiap satu dihadkan kepada 350 orang dan setiap pelawat hanya dibenarkan berada di mana-mana pameran selama sejam.
Beliau berkata mereka yang menghadiri mana-mana aktiviti juga mesti menunjukkan melalui MySejahtera atau kad fizikal mereka bahawa mereka telah menerima dos penggalak mereka dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menghadiri atau mengambil bahagian.
"Sanitasi akan dijalankan sebelum dan selepas setiap program setiap hari. Kaunter untuk ujian RTK juga akan disediakan di hadapan setiap kanopi. Hanya makanan yang dibungkus akan dijual oleh penjual dan tidak akan dimakan di sana," katanya.
Nancy turut menasihatkan mereka yang ingin mengunjungi karnival itu supaya sentiasa memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan menjalankan ujian RTK mereka sendiri sebelum hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
SOP bagi karnival empat hari itu yang bermula esok di Tebingan Kuching telah disusun rapi supaya pengunjung dapat bersiar-siar dengan tenang. - Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Citrawarna Keluarga Malaysia diteruskan dengan SOP lebih ketat - Nancy
SOP untuk pelaksanaan program tersebut telah diteliti semula dan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selasa ini.
Sarawak jadi tuan rumah Citrawarna Disember tahun ini - Nancy Shukri
Sarawak bakal menjadi tuan rumah program Citrawarna Keluarga Malaysia yang dijangka diadakan pada pertengahan Disember tahun ini.
Lebih 10,000 pengunjung meriahkan Citrawarna Kuala Lumpur 2014
Perarakan itu merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi mempromosi Malaysia melalui pertunjukan produk-produk pelancongan, kebudayaan dan kesenian
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2013, program promosi pelancongan tahunan yang menampilkan kebudayaan rakyat Malaysia.