awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CNY: Anwar, pimpinan PH hadir rumah terbuka MCA

Faida Rahim
Faida Rahim
22/01/2023
02:10 MYT
CNY: Anwar, pimpinan PH hadir rumah terbuka MCA
Anwar serta semua pemimpin lain kemudian menyempurnakan acara tradisi menggaul 'Yee Sang', hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai ratusan rakyat berbilang kaum memeriahkan majlis rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Wisma MCA, hari ini.
Beliau yang mengenakan batik merah tiba pada jam 9.30 pagi diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA yang diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sambil diiringi persembahan tarian singa.
Perdana Menteri, Datuk Seri @anwaribrahim hadir ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina KLSCAH di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor#CNY23#WANGTUGOLD2023#AWANInews https://t.co/KP7GpDACLK
— Astro AWANI (@501Awani) January 22, 2023
Antara yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.
Beliau serta semua pemimpin lain kemudian menyempurnakan acara tradisi menggaul ‘Yee Sang’, hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.
Anwar yang ditemui media pada majlis itu mengakui wujud ketidaksefahaman politik di antara mereka satu ketika dahulu, namun segalanya kini berubah demi pembangunan negara.
"Bukan sahaja kemesraan, tetapi nampak satu haluan dalam banyak pandangan dan isu.
"Saya banyak berbincang dengan presiden MCA Wee Ka Siong dan kita tumpu kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia,” katanya.
Dalam penjara tak sempat datang, sekarang ini ada ruang dan nampak kita bukan sahaja kemesraan dan nampak satu haluan dalam banyak pandangan - DS @anwaribrahim @501Awani pic.twitter.com/AfjtHNbgdI
— Faida Rahim (@FaidaRahim) January 22, 2023
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tahun Baharu Cina
#rumah terbuka
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan