KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) meraih kemenangan dengan empat anugerah di majlis ‘Malaysia Public Relation Award (MPRA)’ 2023 baru-baru ini.

Kempen CDC ‘Sustainable Integrity: Commercedotcom’s Ongoing Efforts to Foster A Corruption Free
Society’ memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kelestarian.

Kemenangan CDC mencerminkan penekanannya terhadap kelestarian melalui tadbir urus yang baik dan ketelusan sebagai nilai-nilai integriti yang penting.


Pengiktirafan ini mempamerkan komitmen CDC kepada integriti, nilai teras yang tertanam dalam rangka korporat dan etos operasinya.

Sebagai pelopor dalam landskap perolehan elektronik, CDC memberi penekanan kepada peranan kelestarian melalui tadbir urus yang kukuh dan telus.

Komitmen syarikat terhadap integriti tidak hanya tertanam pada prinsipnya yang menyeluruh, tetapi juga dalam produk ‘flagship’ syarikat iaitu, ePerolehan (eP).

Platform ini menjamin ketelusan dengan membolehkan transaksi dipantau secara terbuka untuk mengurangi risiko penyelewengan dan rasuah.

Kemenangan CDC mempamarkan usaha proaktif syarikat terhadap arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah dalam proses perolehan. CDC juga telah mengintegrasikan nilai integriti ke dalam struktur governans secara keseluruhan.

Syarikat ini juga mempunyai pensijilan ISO ABMS, yang jelas mencerminkan komitmennya terhadap standard tadbir urus dalaman yang lebih tinggi.

CDC juga berpegang teguh kepada pendekatan dan usahanya untuk membentuk landskap di mana kelestarian, tadbir urus yang baik, dan ketelusan bukan sekadar aspirasi tetapi menjadi komponen penting dalam setiap transaksi.

Pendekatan komprehensif CDC terhadap integriti merentasi tenagakerjanya dan produk yang
ditawarkan.

Sejajar dengan nilai-nilai syarikat, CDC telah menjalankan kempen dalaman selama sebulan untuk meningkatkan pemahaman pekerja terhadap integriti, membentuk budaya ‘Doing Right’ melalui inisiatif pendidikan, CDC memastikan bahawa integriti bukanlah sekadar prinsip tetapi realiti yang didukung dan dihayati dalam organisasi.

Pasukan Komunikasi Korporat dan Pemasaran di CDC memainkan peranan utama dalam pelbagai
usaha mengetengahkan nilai integriti.

Pasukan ini berjaya memenangi tiga anugerah lain termasuk ‘Crisis Management Award’, ‘Public Sector Award’, dan ‘Employee Communication Award’ pada majlis yang sama.

Anugerah bagi ‘Public Sector Award’ telah disampaikan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi kepada Ketua Pegawai Operasi CDC, Abdul Halim Mohamad Yusof.

Pengiktirafan ini menggambarkan tekad kesungguhan CDC terhadap kesejahteraan pekerja dan pihak berkepentingan.