DREBAR
Continental perkenalkan inovasi tindak balas pada skrin sentuh

Pada 28 Mei yang lepas di Babenhausen, syarikat Continental telah mengumumkan pelancaran skrin sentuh pertama yang mempunyai tindak balas Haptic. Continental merekabentuk skrin sesentuh dengan ciri ini bagi meningkatkan fokus pemandu ketika sedang memandu.
Bagi Continental, skrin sesentuh yang ada sekarang ini memerlukan koordinasi tangan dan mata yang sangat kompleks dan ianya boleh mengganggu pemandu ketika pemanduan. Bagi memilih tetapan dan memastikan fungsi yang dipilih adalah betul, pemandu perlu mengalihkan perhatian mereka seketika ke arah skrin dan pada ketika itu, mereka memandu di dalam keadaan ‘buta’.

Continental kini memperkenalkan skrin sesentuh dengan fungsi tindak balas Haptic yang sudah sedia untuk dikilangkan. Ianya adalah skrin sesentuh yang peka kepada sentuhan bersaiz 8 inci dengan fungsi tindak balas Haptic yang dibina di dalam unit ini.
Bagi memenuhi kehendak pasaran, Continental kemungkinan akan menghasilkan skrin sesentuh dengan fungsi tindak balas Haptic ini sehingga saiz 12.3 inci.
Konsep operasi bagi sistem yang dibangunkan oleh Continental ini direka khas bagi memberi tindak balas kepada sentuhan. Ini termasuklah fungsi carian Haptic yang mana apabila pemandu menyentuh skrin, tindak balas Haptic akan memberitahu kepada pemandu had operasi unit itu tanpa perlu melihat kepada skrin.
Continental telah melihat bahawa teknologi ini banyak memberi kesan yang baik dan bakal mengilangkannya secara besar-besaran menjelang 2017.
Elemen penggunaan tindak balas Haptic rekaan Continental ini sebenarnya bukanlah teknologi yang baharu; ianya telah digunakan secara meluas seperti contoh di dalam Mercedes Benz C-Class yang terbaharu. Teknologi ini digunakan pada pad sesentuh yang mengawal sistem infohiburan kereta.
Pad sesentuh berdasarkan kepada beberapa paten daripada teknologi Continental seperti sistem pemangkinnya telah menerima anugerah “Special Award for Innovation” dan “Daimler Supplier Award” pada tahun 2014.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami