Skip to main content

Malaysia

Astro 30 Showcase ‘gegar’ Pavilion KL esok, lebih 50 bintang berhimpun

Astro Showcase -- astro
Saksikan persembahan hebat Faizal Tahir, Stacy Anam, Noryn Aziz, Ammara, ALPHA, Vanessa Reynauld, Datuk Yusry dan ramai lagi, serta kemunculan barisan bintang Kudrat 1968, WOLONG, Terbang dan Visham, esok.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Lebih 50 bintang bakal berhimpun di Pavilion Kuala Lumpur esok menerusi Astro 30 Showcase, yang menjanjikan enam jam persembahan dan hiburan tanpa henti sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro.

Acara bermula jam 4 petang hingga 10 malam di pintu masuk utama pusat beli-belah itu bakal menampilkan persembahan muzik secara langsung, persembahan pentas, pengenalan drama dan filem serta sesi ramah mesra bersama peminat.

Antara nama yang bakal membuat persembahan ialah Faizal Tahir, Stacy Anam, Noryn Aziz, Ammara, ALPHA, Vanessa Reynauld dan Datuk Yusry Abdul Halim.

Peminat juga berpeluang bertemu barisan pelakon daripada beberapa produksi Astro termasuk Kudrat 1968, WOLONG, Terbang dan Visham.

Astro 30 Showcase merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Astro, meraikan perjalanan tiga dekad syarikat penyiaran itu dalam membawakan kandungan hiburan, muzik, drama dan filem kepada penonton di Malaysia.

Acara selama enam jam itu turut membuka ruang kepada peminat untuk mendekati selebriti kegemaran mereka menerusi sesi ramah mesra serta menyaksikan sendiri barisan kandungan yang diketengahkan Astro.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan acara esok.


 

Must Watch Video

Advertisement