Astro Publication
Tue Nov 11 2014
MINI Cooper S Countryman baharu telah tiba, dengan perubahan yang minimal tetapi cukup untuk memberi nafas baru kepada model paling besar oleh MINI ini. Antara pembaharuan yang diberikan adalah gril hadapan rekaan terbaharu, lampu utama Xenon, lampu kabut LED dan daytime running light.
Sepertimana sebelumnya, Countryman baharu ini mengekalkan aloi 18 inci dengan rekaan kipas dan tentunya nilai praktikal dengan tempat duduk untuk lima orang.
Bahagian dalam kereta ini turut dilengkapkan dengan MINI Visual Boost termasuk skrin LCD resolusi tinggi berukuran 6.5 inci; buat pertama kali juga model ini akan dipasang dengan aplikasi pintar MINI Connected bagi memberi pengguna ketersambungan kepada, sebagai contoh, radio internet, pelbagai fungsi pemanduan dan juga laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Tambahan lagi, kabin Cooper S Countryman ini kelihatan lebih segar dengan penggunaan krom, permukaan dengan warna piano black, kerusi sport dan insulasi yang lebih.
Enjin masih lagi sama – dengan pengecas turbo skrol berkembar dan suntikan terus, unit 4-silinder ini menghasilkan 190hp dan 240Nm untuk tork. 0-100km/j dicapai dalam masa 7.8 saat. Butang baharu untuk mengaktifkan fungsi Sport juga ditambah; ia mengubah tindakbalas enjin dan bantuan yang diberikan kepada pemandu daripada sistem stereng.
MINI Malaysia telah menambah 2 warna metalik tambahan iaitu hijau (Jungle Green) dan biru (Starlight Blue) kepada warna-warna sedia ada. MINI Cooper S Countryman yang ditambah baik ini akan dapat dilihat di semua bilik pameran MINI sah bermula 15 November 2014.
Harga untuk model ini adalah RM243,888 (harga atas jalan tanpa insurans, dan termasuk pakej servis MINI). Harga baharu ini adalah RM15,000 lebih rendah berbanding model pra-tambah baik ini. Tidak pula dinyatakan adakah perubahan ini turut diberikan kepada varian Cooper Countryman sebelum ini, atau jika harganya juga telah berubah.
Mengikut MINI Malaysia, sebanyak 535 unit MINI sudah diterima oleh pembeli sehingga bulan Oktober 2014. Ini adalah tambahan sebanyak 45% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 370 unit. Model Countryman adalah salah-satunya MINI yang dipasang di Malaysia (CKD) di Kulim, Kedah sejak pertengahan tahun 2013.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
MINI 5-pintu menepati citarasa
Tidak ubah seperti MINI hatchback, tetapi lebih besar dan dengan 5 pintu yang lebih praktikal. Pengendalian ala go-kart masih dikekalkan
Cooper S Countryman diperbaharui
Ia masih lagi menggunakan enjin 1.6 liter sebelumnya, tetapi kuasa bertambah sedikit utuk prestasi lebih baik