awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/11/2024
15:09 MYT
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL
Maimunah berkata tiada erti pelaksanaan COP akan datang jika aspek memenuhi ikrar dana ini tidak dipenuhi. - foto fail
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu.

Ringkasan AI
  • Pemimpin dunia perlu tegas dalam memuktamadkan pendanaan iklim yang telah dibincangkan dalam COP edisi-edisi lalu.
  • Dana dari negara maju perlu disalurkan kepada negara membangun dengan mekanisme yang telus.
  • Tanpa keseriusan pemimpin dunia, pelaksanaan COP akan datang tidak bermakna dan hanya membazir masa dan wang.

Penasihat kepada Presiden COP29 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tiada erti pelaksanaan COP akan datang jika aspek memenuhi ikrar dana ini tidak dipenuhi.
“Semasa saya berbincang dengan presiden COP29, mereka melihat kepada dana kerugian dan kerosakan yang dibincangkan di Glasgow, Sharm el-Sheikh, Dubai dan di sini (Baku).
“Kita perlu melihat kepada struktur pendanaan yang perlu sampai daripada negara maju kepada negara membangun. Mekanisme-mekanismenya perlu dibuat secara telus.
“Tidak perlu berbincang banyak sebab kalau kita benar-benar serius, perkara ini boleh dicapai. Kalau pemimpin-pemimpin dunia tidak serius, maka tidak perlu COP30 dan seterusnya. Buang masa dan buang duit untuk anjurkan COP,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim – Datuk Bandar KL
Untuk konteks, di bawah Konvensyen Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terdapat lima dana berkaitan iklim yang disediakan iaitu Dana Iklim Hijau, Dana Perubahan Iklim Khas (SCCF), Dana Negara-negara Kurang Maju (LDC), Dana Adaptasi dan Dana tindakan kepada Kerugian dan Kerosakan (FRLD).
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29) di Baku, Azerbaijan berlangsung pada 11 November sehingga 22 November akan datang, dengan sasaran menoktahkan ketidaktentuan mengenai komitmen dana iklim yang dijanjikan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Topic Berkaitan
#COP29
#perubahan iklim
#dana iklim
#Bandar Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan