KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Ahad menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,483 kes berbanding 1,971 kes berbanding pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.805 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 26,339 dan 95 peratus atau 25,021 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,241 kes dirawat di hospital dengan 68 kini ditempatkan di wad ICU di mana 48 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,090 kes sembuh.