SHAH ALAM: Sebanyak 1,903 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,245 kes.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan 28,961 kes, dengan 27,584 atau 95.2 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 18 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 1,286 pesakit ditempatkan di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 36 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 37 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 3,138 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,726,250 kes. - Sinar Harian