KUALA LUMPUR : Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang direkodkan di seluruh negara hari ini ialah sebanyak 12,434 kes.

Ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi kes berkenaan sebanyak 2,232,960, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman sosialnya pada Rabu.

"Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi dengan kes baharu harian iaitu 2,967 kes. Ianya kemudian diikuti dengan Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000)," katanya.

Tambah beliau, negeri yang mencatatkan kes dibawah paras 1,000 kes hari ini adalah Perak (971), Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169).

"Bagi negeri yang mencatatkan kes dua digit adalah Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan dengan lima kes," jelas beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, status kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 yang mana pengunaan katil buat unit rawatan rapi (ICU) adalah pada kadar 64 peratus dan 56 peratus untuk katil bukan ICU.