KUALA LUMPUR : Terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut.

1) KLUSTER KOMPLEKS PERABUT

- Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 19 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 287 individu disaring, 21 kes positif.

2) KLUSTER JALAN SEMENTA

- Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 17 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 115 individu disaring, 12 kes positif.

3) KLUSTER JALAN MURNI 12

- Melibatkan daerah Kulai, Johor.
- Kes dikesan positif pada 19 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 3,584 individu disaring, 339 kes positif.

4) KLUSTER JALAN KOTA MURNI

- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes dikesan positif pada 19 Februari hasil saringan pekerja sebuah syarikat.
- Seramai 27 individu disaring, 12 kes positif.

5) KLUSTER JALAN INDAH UTAMA

- Melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi, Johor.
- Kes dikesan positif pada 15 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 38 individu disaring, 23 kes positif.

6) KLUSTER JALAN TUN MUTAHIR

- Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor.
- Kes dikesan positif pada 16 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 124 individu disaring, tujuh kes positif.

7) KLUSTER PARIT HAJI KHAMIS

- Melibatkan daerah Batu Pahat, Johor.
- Kes dikesan positif pada 9 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 54 individu disaring, sembilan kes positif.

8) KLUSTER KEJATAU

- Melibatkan daerah Sri Aman, Sarawak.
- Kes dikesan positif pada 19 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 92 individu disaring, tujuh kes positif.

9) KLUSTER JALAN GREEN

- Melibatkan daerah Kuching, Sarawak.
- Kes dikesan positif pada 17 Februari hasil saringan tahanan.
- Seramai 148 individu disaring, enam kes positif.

10) KLUSTER JALAN KUCHAI

- Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 19 Februari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 365 individu disaring, 14 kes positif.

11) KLUSTER SINGGAHMATA

- Melibatkan daerah Lahad Datu, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 13 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 77 individu disaring, 11 kes positif.

12) KLUSTER BUKIT PETITI

- Melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun, Terengganu.
- Kes dikesan positif pada 16 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 40 individu disaring, 15 kes positif.

13) KLUSTER KUBANG JAMBU

- Melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang, Terengganu.
- Kes dikesan positif pada 15 Februari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 69 individu disaring, tujuh kes positif.