SEBANYAK 67.4 peratus atau 15.85 juta populasi dewasa melengkapkan vaksin dos penggalak setakat Ahad.

Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.

Bagi populasi remaja, lebih 2.85 juta individu atau 91.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Secara keseluruhan, terdapat pertambahan 15,708 dos harian diberikan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 68.99 juta dos.