KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Rabu menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,375 kes berbanding 2,431 kes berbanding pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.813 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tiga kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 27,205 dan 95.2 peratus atau 25,912 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,232 kes dirawat di hospital dengan 53 kini ditempatkan di wad ICU di mana 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,466 kes sembuh.