KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan pertambahan kes harian COVID-19 sebanyak 17,236 kes sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya sejak pandemik itu bermula kini sebanyak 1,279,776 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor sahaja menyumbang sebanyak 5,740 kes dan ini diikuti Kuala Lumpur, 1,567 kes, dan Kedah sebanyak 1,328 kes.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 227,230," katanya.

Selain itu kadar kematian hari ini melaporkan pertambahan sebanyak 212 kes, menjadikan angka kumulatif kematian sebanyak 10,961 kes. 

Kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,095 kes dan daripada jumlah itu, 579 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Jumlah kes pulih baharu melaporkan sebanyak 15,187 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh kini, 1,041,585.