awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB

Bernama
Bernama
26/02/2025
12:00 MYT
Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Aminuddin berkata pihaknya dimaklumkan ada penduduk di dua kampung tersebut belum menjalani saringan disebabkan berada di luar kawasan. - Gambar fail
SEREMBAN: Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya dimaklumkan ada penduduk di dua kampung tersebut belum menjalani saringan disebabkan berada di luar kawasan.
"Saya dapat maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) masih ada penduduk belum buat saringan. Keadaan sekarang tidak membimbangkan, semuanya terkawal dan baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini penduduk Orang Asli di kampung yang lain tidak perlu menjalani saringan kerana tiada kes jangkitan dilaporkan.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan.
KKM menerusi kenyataannya memaklumkan, orang ramai diminta supaya memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan.
Setakat 19 Feb lepas, JKNS telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 penduduk sebagai langkah mempergiat pengesanan kes kusta di dua KOA berkenaan.
Langkah terbabit sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak Julai tahun lepas dan hingga kini sembilan kes disahkan kusta dengan kesemua pesakit telah diberi rawatan mengikut garis panduan ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#kusta
#Kuala Pilah
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan