KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kluster baharu dicatat dengan 15 daripadanya adalah kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, taburan kluster baharu itu adalah di Selangor, Sabah, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataaan media Dr Noor Hisham pada Selasa:

1) Malaysia melaporkan sebanyak 5,271 kes baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 622,086 kes.

2) Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,374 kes diikuti Sarawak, 703 kes, dan Negeri Sembilan sebanyak 571 kes.

3) Pertambahan kes kematian baharu merekodkan sebanyak 76 kes menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 3,536 kes.

4) Jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 903 kes dan daripada jumlah itu, 458 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 541,319 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 6,962 kes hari ini.

BACA: COVID-19: 5,566 kes baharu, meningkat sedikit berbanding Isnin - Dr Noor Hisham