KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan (B.1.351) dan tiga kes bagi varian United Kingdom (B.117).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesemua kes dikesan menerusi 59 penjujukan seluruh genom yang dijalankan dari 24 April hingga semalam (1 Mei) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
"Ini juga adalah laporan pertama mengenai VOC Afrika Selatan di Perak dan Kelantan yang membabitkan beberapa kluster penting dengan 10 kes di setiap negeri. Selain itu, kami masih mengesan varian itu di Selangor dengan tujuh kes.
"Bagi varian UK, dua kes dikesan di Selangor menakala satu kes di Sandakan, Sabah (laporan pertama mengenai VOC di Sabah), yang membabitkan seorang individu bukan warganegara. Ini juga adalah laporan pertama mengenai varian itu dalam kalangan individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sekali gus mencadangkan bahawa ia adalah jangkitan tempatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Selain VOC, Dr Adham berkata kes pertama varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) membabitkan varian India (B.1.617) turut dikesan daripada seorang rakyat India yang menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
BACA: Malaysia kesan kes pertama mutasi berganda dari India
Sehingga kini, beliau berkata Malaysia telah mencatatkan 48 kes bagi varian Afrika Selatan, lapan kes bagi varian United Kingdom, satu kes bagi varian India, dua kes bagi varian Nigeria (B.1.525) dan satu kes bagi varian keturunan C (C.36) daripada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir.
"Kami juga mendapati bahawa ada peningkatan secara bertahap dalam jumlah VOC terutama bagi varian Afrika Selatan dalam sampel yang kami lakukan penjujukan penuh genom, yang menunjukkan potensi penggantian VOC (B.1.351) bagi varian keturunan tempatan (B.1.524)," katanya.
Dr Adham turut menasihati orang ramai untuk kekal bertenang dan memberi kerjasama dalam mengatasi pandemik COVID-19 di Malaysia.
"Segala tindakan kesihatan awam untuk terus putuskan rantaian penularan perlu dilakukan untuk keselamatan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Malaysia telah mencatatkan 48 kes bagi varian Afrika Selatan, lapan kes bagi varian United Kingdom, satu kes bagi varian India, dua kes bagi varian Nigeria (B.1.525) dan satu kes bagi varian keturunan C (C.36)- Gambar hiasan
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.