KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan sejumlah 374 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini adalah 15,096 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 277 kes baharu.

"Daripada 374 kes baharu, 372 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua kes lagi adalah kes import," katanya.

Sementara itu dua kes import dilaporkan iaitu pengembara dari Filipina.

Dalam pada itu, terdapat tiga kematian direkodkan hari ini. 

Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media harian secara maya dari kediaman beliau yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

BERITA LANJUT MENYUSUL.