KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 4,271 kes pada Sabtu berbanding 4,860 kes pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.677 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat kematian pula dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara mencatatkan pengurangan sebanyak 1,286 kes dengan jumlah terkini 47,014 kes.

96.8 peratus daripada kes aktif atau 45,487 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,446 kes dirawat di hospital dengan 62 kini ditempatkan di wad ICU.

34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 5,553 kes sembuh.