Seramai 48 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataan medianya, Ismail Sabri menjelaskan seramai 47 individu dikenakan kompaun manakala seorang dijamin.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada Jumaat (4 September):

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 47 individu dikompaun manakal seorang dijamin

2. PDRM adakan 79 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 27,379 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI.

3. Seramai 83 orang pendatang tanpa izin (PATI), seorang tekong dan seorang penyeludup ditahan.

4. Sejak 24 Julai sehingga 3 September 2020, 22,252 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 70 Hotel dan 4 Institut Latihan Awam (ILA).

5. Sebanyak 58,050 pemeriksaan telah dilakukan pasukan petugas Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM pada Khamis.