KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan sejumlah 5,020 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 2,673,019.

Setakat tengah malam semalam, data COVIDNOW melaporkan 66 lagi kes kematian baharu dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 30,718 kes.

Angka itu juga termasuk dengan sembilan kes kematian brought- in-dead (BID).

Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan melaporkan sebahagian besar kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus manakala selebihnya, 1.7 peratus merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 atau bersamaan 87 kes. 

Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sedang merawat 428 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 237 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, angka kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 4,525 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,581,395.