KUALA LUMPUR: Seramai 24,914,099 individu atau 76.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Rabu.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.5 peratus atau 25,636,716 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,350,755 individu atau 95.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara 97.8 peratus atau 22,891,163 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,563,344 individu atau 81.4 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,745,553 individu atau 87.2 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 117,736 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,591,383 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.