PUTRAJAYA:Malaysia kembali catat penurunan kes harian baharu COVID-19 kepada tiga angka iaitu sebanyak 851 kes.

Berikut merupakan tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1. 851 kes baharu dilaporkan, keseluruhan kes kini 68,020 kes.

2. Jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 658 dengan jumlah kumulatif 56,969.

3. Sebanyak dua lagi kes kematian baharu direkodkan di Sabah, kes kumulatif kematian kini 365 kes.

4. Kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 10,686 kes.

5. 122 kes sedang dirawat di ICU, 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.