KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 catat peningkatan pada Selasa berbanding hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,590 kes, daripada 4.46 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat pertambah 2,601 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah 22,953.

Daripada jumlah itu, 21,612 individu atau 94.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 24 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 1,250 kes dirawat di hospital dan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 38 pesakit memerlukan mesin ventilator.