“Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan, anak bongsu berumur lapan bulan merangkak ke arah saya, minta didukung. Begitu juga kalau isteri saya balik, Affan akan buat yang sama.
“Kami terpaksa ‘melarikan diri’ terlebih dahulu kerana perlu mandi dan memastikan semuanya selamat agar tidak merisikokan anak-anak.
“Tapi selalunya kami balik (sampai rumah) mereka dah tidur pun... cuma kadang-kadang mereka sengaja tidur lewat semata-mata nak tunggu kami.
"Paling terasa bila anak yang sulung, Jannah, 8, dan kedua, Aiman, 6, merungut, Abi dengan Umi asyik balik lambat, asyik tak dapat jumpa,” demikian luahan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Mohd Aizuddin Bahrun.
Mohd Aizuddin, 34, berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan bertugas di Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS. Beliau bertanggungjawab membantu pegawai perubatan membuat saringan dan mengambil sampel Individu Dalam Siasatan (PUI) COVID-19..
Isteri beliau, Dr Wan Jamilah Wan Ismail, 36, adalah Pegawai Perubatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan bertugas sebagai first responder bagi rawatan awal pengurusan pesakit COVID-19 termasuk urusan perjalanan petugas kesihatan yang terlibat untuk mengambil pesakit.
BACA: Barisan hadapan sebak, menangis, dan merayu dalam siaran langsung
BUKAN MERUNGUT
Disebabkan tuntutan tugas, anak-anak mereka dijaga anak saudara Dr Wan Jamilah memandangkan sekolah dan taska ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac sehingga 14 April nanti.
Menurut Mohd Aizuddin, sepanjang ‘musim COVID-19’, anak-anak seakan terabai kerana beliau dan isteri, ada ketikanya perlu bekerja lebih masa.
Meskipun guru sekolah anak pasangan ini ada menyediakan kerja rumah dan latihan untuk dibuat sepanjang PKP, namun kerana kekangan masa dan keletihan, sukar untuk Mohd Aizuddin ‘mencuri masa’ untuk mengajar anak-anak mereka, mahupun melakukan aktiviti lain.
Masa untuk berbual-bual dengan isteri juga agak kurang kerana masing-masing sibuk dengan tugas.
Mohd Aizuddin bukanlah mahu merungut jauh sekali meraih simpati masyarakat. Namun itulah antara pengorbanan petugas barisan hadapan atau Frontliners seperti beliau dan isterinya, dalam berjuang membantu masyarakat serta negara menangani krisis pandemik COVID-19.
Dalam media sosial juga ramai yang berkongsi gambar dan video doktor dan petugas kesihatan yang emosi, mental dan fizikal mereka turut terkesan.
Antaranya termasuklah video bertajuk ‘Doktor Menangis Terlalu Penat’ yang tular di Facebook baru-baru ini.
Video berdurasi 4.35 saat itu antaranya menyebut apa yang paling ditakuti ialah pasukan frontliners mula berasa burn out, kepenatan, hilang semangat dan keletihan melampau.
Ini kerana ada antara mereka yang perlu bekerja sehingga 18 jam sehari, terpaksa tidur di tempat kerja dan ada pasangan yang menghantar bekalan makanan menangis kerana melihat keadaan pasangan mereka yang terlalu penat.
Video itu juga turut menyeru agar rakyat Malaysia menghargai pengorbanan frontliners dengan mematuhi arahan serta saranan pihak berkuasa untuk duduk di rumah selain berlaku jujur apabila menjalani saringan kesihatan agar tidak merisikokan petugas kesihatan.
Dalam video berasingan bertajuk ‘Nurse Menangis Tinggal Keluarga Bertugas Perangi COVID-19’ pula, kelihatan seorang wanita dengan pakaian jururawat menangis di luar rumah kerana tidak boleh mendekati ahli keluarganya.
Video yang berdurasi 1.40 saat itu menunjukkan jururawat berkenaan mengesat air mata apabila dinasihati ibunya agar berhati-hati semasa bertugas dan sentiasa berserah kepada Allah.
“Tiap kali keluar rumah cakap kerana Allah Taala kerana cari rezeki… Jangan nangislah nak,” pesan ibunya di dalam video itu.
PASTIKAN SELAMAT
Di saat kebanyakan kita boleh duduk di rumah, meluangkan masa bersama ahli keluarga, frontliners perlu meninggalkan insan tersayang demi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Mohd Aizuddin antara lain turut ditanya bagaimana beliau memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat selepas selesai bertugas dan pulang ke rumah?
“Apabila sampai di rumah, saya akan menanggalkan pakaian kerja terlebih dahulu di luar rumah sebelum terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Saya akan letakkan pakaian kerja di tempat berasingan daripada pakaian kotor yang lain. Biasanya saya terus mencuci sendiri pakaian kerja saya. Saya juga mencuci tangan dengan kerap dan perkara itu saya memang ajar anak-anak saya.
“Memang kami risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka yang berisiko (positif COVID-19). Yang paling merisaukan, sekiranya kami membawa ‘pulang’ virus ini ke rumah dan menjangkiti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.
“Namun demi tugas dan amanah, kami redha melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat dan negara. Selebihnya kami hanya berserah kepada Allah SWT,” katanya.
Mohd Aizuddin turut berharap agar rakyat di negara ini dapat bekerjasama dengan mereka yang berada di barisan hadapan.
“Kami bukanlah wira... ada ketikanya kami juga menangis apabila terpaksa meninggalkan orang tersayang. Patuhilah arahan dan saranan kerajaan untuk duduk di rumah, bantulah kami berjuang ‘menentang’ wabak ini.
“Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan mengambil langkah terbaik dalam mengekang penularan wabak, namun usaha ini akan jadi sia-sia tanpa kerjasama semua pihak. Bantulah kami untuk bantu anda semua. Stay at home. Duduklah di rumah. Kita sama-sama berdoa semoga pandemik COVID-19 ini segera berakhir,” katanya.
PATUHI ARAHAN
Sementara itu, Pegawai Perubatan Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS yang mahu dikenali sebagai Dr Zulaikha berkata, beliau meninggalkan bayi yang berusia lapan bulan dan masih menyusu badan dalam jagaan suami.
“Namun, jika suami juga perlu bekerja, anak terpaksa diletakkan di taska hospital.
“Mujurlah taska hospital dibuka 24 jam, lega sikit hati untuk menjalankan tugas. Kadang-kadang hantar malam esok paginya baru ambil (jemput anak),” katanya.
Dr Zulaikha berkata semasa bertugas, mereka diwajibkan memakai baju skrub (baju khas petugas kesihatan) dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) apabila berjumpa PUI.
“Selain terus mandi dan menyalin pakaian baru apabila selesai bertugas, saya juga turut membersihkan barangan seperti tag nama dan telefon bimbit menggunakan tisu lembab pembasmi kuman .
“Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri dan banyakkan berdoa agar negara kita cepat bebas daripada wabak ini. Tolonglah berlaku jujur kepada petugas kesihatan semasa pemeriksaan dijalankan agar tidak memberi masalah kepada mereka dan seterusnya kesan yang lebih besar kepada orang lain,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020
Noor Hamiza Gulam, juruteknologi makmal perubatan HUKM, menitiskan air mata mengenang nasib terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga. - Astro AWANI
Haji: Fokus doa dan solat sunat ketika di Raudah, bukan sibuk mengambil gambar
Jemaah haji yang berpeluang menziarahi Raudah di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak terlalu teruja dan sibuk mengambil gambar.
Politik kerjasama akan terus jadi tunjang - Loke
Loke berkaata politik kerjasama akan terus menjadi tunjang Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan, seperti mana yang sudah digagaskan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Mahu tunai haji, ikut saluran betul, dapatkan permit
Mereka yang mahu mengerjakan haji diminta mengikut saluran yang betul dengan memohon permit untuk menunaikan rukun Islam kelima itu atau berdepan penalti 10,000 Riyal dan diusir daripada Arab Saudi.
Shila Amzah, Ubai timang cahaya mata perempuan
Berita gembira itu dikongsikan Ubai yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ menerusi akaun Instagram miliknya.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Seekor kuda di Brazil terperangkap di atas bumbung
Seekor kuda yang terperangkap di atas bumbung akibat banjir di Canoas, selatan Brazil, diselamatkan pasukan gabungan bomba dan doktor haiwan pada Khamis.
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Thailand ambil langkah lebih tegas penggunaan kanabis
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin telah mengarahkan agensi kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih tegas terhadap dadah, khususnya kanabis.
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanteras dadah.
Srettha berkata bahawa masalah dadah adalah agenda nasional yang memerlukan kerjasama semua agensi untuk membanteras dadah.
British bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Bantuan udara oleh British dan negara Arab yang melalui Jordan merupakan bantuan menyelamat penduduk gaza.
komander tentera British, Peter Squires berkata bantuan berkenaan bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan yang ditutup oleh Israel menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan.
komander tentera British, Peter Squires berkata bantuan berkenaan bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan yang ditutup oleh Israel menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Serangan kapel terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Susulan peningkatan serangan Israel ke atas bandar rafah, di mana lebih sejuta penduduk palestin berlindung.
Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Laluan udara baharu hubungkan Nanjing, Kuala Lumpur
Penerbangan pergi dijadual berlepas pada 10.50 malam dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang waktu tempatan hari berikutnya.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".