KUALA LUMPUR: Sejumlah 119 kes atau 0.6 peratus daripada 18,762 kes baharu yang dilaporkan hari ini melibatkan Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Seramai 51 pesakit atau 0.3 peratus pula berada dalam Kategori 4 yang melibatkan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, selain 160 kes atau (0.9) peratus Kategori 3 iaitu mengalami radang paru-paru.



Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 98.2  peratus atau 18,432 kes pula dalam Kategori 1 dan 2 iaitu pesakit yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sehingga 31 Ogos, sebanyak 64.2 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia sudah menerima vaksin.

Manakala, 8,640 kes  (46.0 peratus) daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada Rabu tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, sebanyak 42 kluster baharu dilaporkan dengan 22 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.