Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) selamat dikunjungi dan orang awam tidak perlu risau mengenai jangkitan COVID-19 berikutan mesej tular mengatakan hospital itu patut dihindari bagi tempoh masa tertentu.
Ketua Pegawai Perubatan Unit Kecemasan PHKL Dr Mohd Ridzuan Abdul Razak berkata hospital itu telah mengambil langkah sewajarnya mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penularan COVID-19 dalam negara.
"Kita menerima anggaran 2,000 pelawat dalam sehari. Setiap mereka akan disaring di dua pintu masuk hospital termasuk di jabatan kecemasan.
"Antara langkah yang diambil ialah soal selidik sejarah perjalanan ke negara terbabit, pengesanan suhu badan dan juga pengesanan simptom pada pelawat," katanya kepada Bernama di sini, pada Isnin.
Katanya PHKL telah bersiap siaga menghadapi penularan jangkitan COVID-19 sejak Januari lepas dan hospital itu turut mempunyai Jawatankuasa Kawalan Jangkitan yang bermesyuarat hampir setiap hari bagi membincangkan perkembangan terkini isu COVID-19 itu.
"PHKL juga sentiasa merujuk portal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meneliti perkembangan COVID-19 di seluruh dunia dan merujuk sebarang langkah yang boleh diikuti," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama di kawasan luar dan dalam hospital tersebut juga mendapati kemudahan pembasmi kuman tangan diletakkan di pintu masuk hospital dan di hadapan lif dan terdapat gegantung yang memaparkan info berkenaan COVID-19.
Para petugas kesihatan juga ditempatkan di pintu masuk hospital bagi saringan awal kesihatan dan bahagian dalam lif turut disanitasi setiap dua jam sehari.
Semalam, PHKL dalam satu kenyataan menyatakan tiga kes positif COVID-19 dilaporkan, iaitu kes ke-24, ke-27 dan yang ke-29 dalam negara, termasuk satu kes melibatkan jururawat pelatih wanita (kes ke-27).
Justeru, PHKL dengan kadar segera telah mengambil langkah pencegahan dengan menghantar ketiga-tiga pesakit itu ke Hospital Kuala Lumpur (kes ke-24 dan 27) dan Hospital Sungai Buloh (kes ke-29) bagi tujuan rawatan dan isolasi.
Berhubung kes ke-27, Dr Mohd Ridzuan menjelaskan jururawat pelatih wanita itu merupakan kontak kes-24 (wanita Jepun) yang pada awalnya tidak menunjukkan kriteria penuh jangkitan COVID-19.
"Jadi, jururawat pelatih itu tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) kerana tidak diperlukan pada ketika itu," jelasnya.
Bagi mengekang penyebaran maklumat palsu, katanya PHKL juga aktif menyampaikan dan berkongsi maklumat sahih menerusi laman Facebooknya dan memberi penjelasan telus kepada pelanggan mereka.
Dalam kenyataan hari ini, KKM mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 36 kes setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 03 2020
PHKL selamat dikunjungi dan orang awam tidak perlu risau mengenai jangkitan COVID-19 berikutan mesej tular mengenai hospital itu.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, jejaki pasaran serantau
Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Panasonic Beauty: Perkenal pengering rambut nanocare, eh-NA0J
Lima dimasukkan ke hospital di Terengganu kerana cuaca panas
Anggota tentera antara lima individu yang dimasukkan ke hospital susulan cuaca panas yang melanda Terengganu sepanjang April lalu.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft untuk Malaysia
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bersua muka dengan Ketua Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, di ibu negara, bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI Microsoft, serta peluang yang terbuka demi kemakmuran ekonomi negara ini.
AWANI Ringkas: JAKIM buka talian khas terima aduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.