PUTRAJAYA: Angka keseluruhan kes COVID-19 di negara ini telah melebihi 500,000 selepas 6,320 kes baharu direkodkan pada Sabtu.

Selain itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 turut meningkat iaitu sebanyak 53,682 kes.

Berikut adalah tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 22 Mei:

1. 6,320 kes baharu dicatatkan, dengan kes keseluruhan kini adalah sebanyak 505,115 kes.

2. 50 kes kematian direkodkan, dengan jumlah kumulatif kini ialah 2,199 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 53,682 kes.

4. 652 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan 17 kluster baharu.

BACA: COVID-19: 6,320 kes baharu, 50 kematian, jumlah kes lepasi angka 500,000