KUALA TERENGGANU: Tersentuh melihat nasib pengayuh beca terutama warga emas yang terkesan akibat pandemik COVID-19, pasukan polis trafik Terengganu mengumpulkan elaun COVID-19 mereka untuk disumbangkan kepada golongan berkenaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata golongan pengayuh beca antara yang terkesan teruk kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi.
"Pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang menjalankan rondaan lalu lintas sering melihat golongan pengayuh beca yang majoritinya terdiri daripada golongan warga emas tidak mempunyai pelanggan.
"Simpati dengan nasib mereka, pasukan JSPT melancarkan kutipan daripada elaun COVID-19 yang diterima mereka membeli barangan keperluan dapur untuk disumbangkan kepada pengayuh beca terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat dan keprihatinan yang ditunjukkan pegawai dan anggotanya dan berharap dapat menjadi ikutan pihak lain termasuk orang ramai.
Nur Fazlizai Ali
Sun Jul 25 2021
Rohaimi berkata, golongan pengayuh beca antara yang terkesan teruk kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi. - Gambar/ Polis Terengganu
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
TMM2024: Pengayuh beca diminta pasang muzik tradisional, Dondang Sayang
Penerapan elemen budaya itu penting dalam memperkenalkan Melaka sebagai negeri yang kaya dengan warisan dalam menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Hari Malaysia: Malam bersejarah buat gandingan anak, bapa bawa beca
Pengayuh beca veteran Rosli Mad Zin menganggap kayuhannya pada sambutan Hari Malaysia 2022 malam ini lebih istimewa dan mengujakan.
COVID-19: Kerap lihat pengayuh beca tiada pelanggan, polis trafik Terengganu kumpul elaun beri sumbangan
Golongan pengayuh beca antara yang terkesan teruk kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi.
Melaka salur RM43,200 kepada pengayuh beca
Kerajaan Negeri Melaka menyalurkan insentif berjumlah RM43,200 kepada 216 pengayuh beca yang aktif di negeri ini bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas ekoran penularan pandemik COVID-1
COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan
Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai tiga angka sejak 25 Sept lepas, sekali lagi memberi kesan pada industri pelancongan di Melaka.
Pengayuh beca Melaka rayu sokongan pelancong domestik
Pengusaha perkhidmatan beca Melaka mengharapkan sokongan pelancong domestik untuk meneruskan kelangsungan hidup.