KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu wabak COVID-19 dalam negara yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 9,890 kes.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara sehingga ke hari ini sebanyak 2,313,727 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Negeri Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan1,413 kes baharu hari ini sementara jangkitan di Selangor pula sebanyak 1,402 dan Kuala Lumpur (250 kes)

Ia diikuti Kelantan 1,032, Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang  (721) dan Terengganu (699).

Manakala, Pahang mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Melaka (260), Perlis (200) dan Negeri Sembilan (180).

Dua negeri yang kekal mencatatkan kes bawah 100 pula ialah Putrajaya (56) dan Labuan (0).

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 105 korban direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 26,981 kematian.


Sementara itu, sepanjang 24 jam lalu, jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 827 dengan 445 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh pula merekodkan seramai 12,884 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 2,157,565 tambah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).