PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu harian COVID-19 terus meningkat, apabila sebanyak 5,446 lagi kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes.


Sementara itu, berdasarkan kemas kini di portal COVIDNOW dalam setakat 12 tengah malam semalam, 28 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,746 orang, daripada 2.67 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal tersebut, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).