KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,654 jangkitan baharu COVID-19 telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini 792,693.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut 7,643 merupakan kes penularan tempatan manakala 11 lagi kes import.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 3,260 kes, ia dikuti dengan Kuala Lumpur dengan 1,550 kes baharu manakala Negeri Sembilan pula mencatatkan 698 kes.

Perlis yang baru beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Isnin merekodkan dua kes baharu.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah kes sembuh sebanyak 4,797 menjadikan jumlah kumulatif sembuh 714,815 kes.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 72,201 kes dengan 943 menerima rawaan di Unit rawatan Rapi (ICU) dan 450 menerima bantuan pernafasan.

Jumlah kematian adalah sebanyak 103 kes menjadikan jumlah kumulatif 5,677 kes..

Pecahan setiap negeri (kumulatif):

Selangor - 3,260 (265,722)

WPKL - 1,550 (82,904)

Johor - 313 (73,162)

Sabah - 225 (70,945)

Sarawak - 286 (67,271)

Negeri Sembilan - 698 (48,629)

Pulau Pinang - 185 (35,677)

Kelantan - 118 (35,493)

Perak - 94 (27,787)

Kedah - 337 (26,863)

Melaka - 230 (19,999)

Pahang - 180 (14,977)

Terengganu - 61 (11,478)

WP Labuan - 82 (8,765)

WP Putrajaya - 33 (2,422)

Perlis - 2 (599)