Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat satu kluster baharu dikesan di sebuah syarikat di Mambong, Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat dua kes positif dilaporkan dalam kluster Mambong setakat 16 Julai 2020.

Dua kes tersebut melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara.

"Kes indeks (kes ke-8,732) kepada kluster ini mengalami gejala sejak 12 Julai 2020 dan dikesan positif pada 14 Julai 2020 di sebuah pusat perubatan.

"70 individu dikenal pasti dan disaring dimana 2 kes dilaporkan positif manakala 68 individu lagi masih menunggu keputusan.

"Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan," jelasnya.