KUALA LUMPUR: Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mac ini untuk melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerja asing masing-masing di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap majikan yang masih gagal berbuat demikian selepas tempoh berkenaan.
"Kita akan memberi ruang kepada majikan sehingga hujung bulan ini dan selepas 31 Mac kita akan ambil tindakan," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kolaborasi Strategik di antara KSM dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di sini, hari ini.
Beliau berkata sebelum ini, program saringan COVID-19 bagi pekerja asing dihadkan kepada enam negeri dalam kategori zon merah, namun melihat keberkesanan program itu dalam membendung penularan pandemik berkenaan, kerajaan memutuskan ia diperluaskan ke semua negeri.
Saravanan berkata berdasarkan data sedia ada, sejumlah 1.7 juta pekerja asing yang berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lebih satu juta daripadanya telah melakukan saringan di bawah program tersebut.
Program saringan itu dilaksanakan Perkeso dengan kerjasama klinik-klinik swasta di seluruh negara, yang menjalankan ujian saringan menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM).
Mengulas lanjut Saravanan berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengenal pasti seramai 30,000 pekerja asing tanpa izin di bawah Pelan Rekalibrasi merangkumi Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.
Beliau berkata, pelan itu diperkenalkan supaya kerajaan mampu mengesan pekerja asing yang tidak sah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mac ini untuk melakukan saringan COVID-19 terhadap pekerja asing masing-masing di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Banjir: Majikan perlu beri pertimbangan sewajarnya kepada pekerja terjejas - Steven Sim
Majikan diharap dapat bertoleransi dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi bencana seperti banjir.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.