Jumlah jangkitan harian COVID-19 kembali kepada dua angka dengan hanya 15 kes positif dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah hasil pendekatan tertumpu kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19.
"Setelah peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilihat beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu telah berkurang kembali kepada dua angka.
"Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima kes adalah penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia.
"Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia," katanya pada sidang media harian di sini pada Rabu.
Mengikut statistik, sehingga jam 12 tengah hari Rabu, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,619 kes.
Sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,421 kes.
Menurut Noor Hisham, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.
Pada masa sama, tiada kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes iaitu 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 27 2020
Daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia. - Foto BERNAMA
Mutang Tagal masih dirawat di IJN, jangan sebar spekulasi - Pejabat Speaker
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.