Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar semua aktiviti dan program berkaitan pendidikan yang menghimpunkan orang ramai ditangguhkan, susulan penularan COVID-19 ketika ini.
Ia termasuk program sukan dan aktiviti ko-kurikulum, perhimpunan rasmi sekolah, program sambutan keraian, program latihan, mesyuarat, persidangan, kolokium, kem, seminar, kursus, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Festival Guru Malaysia dan seumpamanya.
Perkara itu terkandung dalam surat daripada KPM berkenaan pelaksanaan perhimpunan sekolah semasa penularan COVID-19 di sekolah-sekolah di bawah KPM bagi memastikan kualiti kesihatan warga sekolah sentiasa diutamakan dan terjamin.
Surat bertarikh 13 Mac itu ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Adzman Talib dan ditujukan kepada semua pengarah pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri. Ia susulan Surat Langkah-langkah Menangani Penularan Wabak COVID-19 daripada Ketua Setiausaha Negara pada tarikh sama yang menyarankan semua kementerian supaya menangguhkan program-program tidak kritikal yang menghimpunkan orang ramai.
Bagaimanapun, jika terdapat aktiviti yang tidak dapat dielakkan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah diminta mengambil tindakan antaranya melaksanakan saringan suhu badan, tidak digalakkan bersalaman dengan tetamu dan murid yang bergejala tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
Sementara itu, dalam surat berasingan oleh KPM pada tarikh sama berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di sekolah-sekolah di bawah KPM, antara langkah pengawalan yang dinyatakan ialah murid dinasihati supaya tidak mengikuti sebarang program yang akan dianjurkan di negara terjejas dan berisiko tinggi seperti China, Jepun dan Itali.
Bagi proses disinfeksi, ia perlu dilakukan dengan panduan dan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan sebarang tindakan penutupan sekolah atau kelas adalah tertakluk kepada pengetua dan guru besar setelah mendapat nasihat JKN dan PKD.
SOP itu turut menyatakan tentang carta alir pengurusan murid yang pulang/datang dari negara terjejas wabak COVID-19 serta garis panduan pemantauan atau kuarantin di rumah. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 14 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia saran semua aktiviti dan program berkaitan pendidikan yang menghimpunkan orang ramai ditangguhkan, susulan penularan COVID-19 ketika ini. - Gambar hiasan
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.