Satu mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan penularan COVID-19 di negara ini akan diadakan esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mesyuarat khas itu turut akan melibatkan Kementerian Pertahanan.

Menurut beliau, pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani wabak ini selepas angka positif jangkitan COVID-19 melonjak kepada 428 hari ini.

BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428

“Dan yang terkini esoksaya akan bersama Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan dalam satu perjumpaan atau meeting untuk nex move yang kita akan laksanakan..

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen Kastam Dan Kuatlrantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada petang Ahad.

Hingga 12 tengahari tadi, 190 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan positif covid 19 di negara ini 428 orang.

Sebanyak 9 kes juga sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.