KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan bersedia untuk membina empat lagi hospital medan bagi membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan kementeriannya telah menyelesaikan pengambilan secara kontrak melibatkan 30 doktor dan 100 petugas kesihatan.
Beliau berkata pengambilan ini membolehkan Angkatan Tentera Malaysia memenuhi keperluan atur gerak hospital medan.
"Dengan penambahan kakitangan perubatan ini, kita berupaya untuk menambah empat lagi hospital medan dengan kapasiti sehingga 200 katil sekiranya diperlukan. Lantikan 130 kakitangan kesihatan berkenaan adalah bagi tempoh setahun dan dijalankan segera.
"Secara keseluruhannya kita telah menerima sebanyak 377 permohonan bagi jawatan yang ditawarkan, dan hanya 130 permohonan yang diterima," katanya dalam sidang media pada sesi ramah bersama pegawai perubatan dan petugas kesihatan lantikan kontrak di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata sebanyak enam hospital medan telah diwujudkan iaitu di Pokok Sena, Kedah; Tawau, Sabah; Kapit, Sarawak; Kepala Batas, Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu, Johor dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Kementerian Pertahanan bersedia untuk membina empat lagi hospital medan bagi membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Negeri Sembilan tawar ansuran bayaran premium Kem Syed Sirajuddin
Aminuddin berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat memastikan penggunaan tanah yang berkesan.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
Kementerian Pertahanan ambil langkah proaktif cegah kes buli di UPNM
Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Kes buli hanya rosakkan imej UPNM, serah pada polis untuk siasat - Menteri
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan berpendirian kejadian seumpama itu tidak wajar berlaku dan hanya merosakkan imej UPNM dan institusi pengajian tinggi.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
Kes buli UPNM: Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.