Susulan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 kepada tiga angka hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya kekal berjaga-jaga.
Sambil melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes itu, beliau berkata risiko dan bahaya penularan wabak COVID-19 masih ada, dan ia belum selesai.
Muhyiddin berkata menurut pakar perubatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keselamatan rakyat tidak akan terjamin selagi vaksin masih belum ditemui.
"Kerajaan telah buat keputusan bahawa mesti ada tindakan yang tegas dan segera diambil untuk menentukan walaupun kita tidak mengeluarkan vaksin, tetapi vaksin mesti ada di hadapan rumah kita.
"Tindakan sedang diambil untuk menguruskan soal penting ini (vaksin) dan kerjasama dengan negara pengeluar sudah kita jalin untuk jamin bekalan mencukupi pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, malam tadi.
Kes baharu COVID-19 meningkat kepada tiga angka hari ini, iaitu 100 kes berbanding 62 kes semalam menjadikan kes positif kumulatif di Malaysia kini berjumlah 9,559 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, malam tadi. -Bernama
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Empat kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di empat kawasan di Semenanjung.
Gegaran susulan selepas gempa, Presiden Taiwan minta rakyat waspada
Presiden Tsai Ing Wen berkata beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.
Isu Korea Utara: Polis tingkat pemantauan keselamatan - KPN
Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini.
Sembilan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia
Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.
10 kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia
Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam.
COVID-19: Muhyiddin minta rakyat kekal berjaga-jaga
Susulan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19 kepada tiga angka hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya kekal berjaga-jaga.
Machang jajahan ketiga dilanda banjir
Seramai 37 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Roman di Machang membabitkan 15 keluarga.
Korea Selatan naikkan tahap amaran taufan daripada 'berwaspada' kepada 'berjaga-jaga'
Menteri Dalam Negeri Chin Young membuat keputusan itu ketika mempengerusikan mesyuarat bagi memutuskan serta membincangkan cara meminimumkan potensi kerosakan akibat taufan itu.