MALAYSIA
Sembilan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia

Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat pukul 5.00 petang ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat pukul 5.00 petang ini menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak, semua kawasan bagi dua negeri itu berada dalam pemantauan MetMalaysia.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami